Latar Belakang

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj ditubuhkan pada 1968. Pada waktu itu ia dikenali dengan nama Sekolah Menengah Bandar Tinggi (SMBT).Sekolah ini merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang pertama yang ditubuhkan di daerah Jelebu dan terletak di Kampung Bandar Tinggi. Pelbagai kemudahan telah disediakan di SMKDUMA yang dibina di atas kawasan seluas 28 ekar untuk melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Terdapat 6 blok yang mengandungi 33 buah bilik darjah, 5 bilik makmal Sains,  2 blok asrama (lelaki dan perempuan), sebuah dewan makan, 4 bilik KHB, sebuah surau, sebuah bilik rekacipta, sebuah bilik kaunseling, sebuah koperasi sekolah, kantin, sebuah bilik kebal, sebuah bilik guru, bilik ketua bidang, sebuah bilik buku, sebuah bilik sukan, sebuah bilik gerakan, sebuah bilik pengawas, bilik percetakan dan fotokopi, sebuah stor sukan, kolam ikan dan kebun sekolah. 

Di SMKDUMA terdapat sebuah blok asrama putera dan sebuah blok asrama yang dibina di bahagian belakang sekolah. Blok asrama putera mengandungi 6 buah dorm, manakala blok asrama puteri mengandungi 7 dorm. Bilik penyeliaan asrama terdapat di blok asrama puteri. Di antara kedua-dua blok asrama ini telah dibina dewan makan asrama. Seramai 250 orang pelajar boleh dimuatkan di asrama SMKDUMA.
Kurikulum

SMKDUMA menawarkan pelbagai mata pelajaran elektif untuk pelajar ikuti demi memenuhi keperluan masa depan mereka. Mata pelajaran yang ditawarkan adalah meliputi bidang sains tulen, ekonomi, sastera dan teknologi. Mata pelajaran baru yang diperkenalkan di sekolah ini ialah Lukisan Kejuruteraan. Dalam pada itu, pelajar juga ditawarkan untuk megikuti kelas aliran agama dari aliran biasa iaitu pada peringkat menengah rendah. Pelajar juga berpeluang mempelajari bahasa Arab selain mata pelajaran yang biasa diajar.

Kokurikulum

Sekolah ini mengutamakan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sebanyak 19 pecahan persatuan dan 12 unit badan beruniform telah ditubuhkan di sekolah ini. Selain daripada persatuan dan badan beruniform, mereka juga digalakkan melibatkan diri di dalam aktiviti sukan dan permainan. Terdapat  4 rumah sukan iaitu Syahbandar, Temenggung, Bendahara, dan Laksamana. .

No comments:

Post a Comment